pemberitahuan!!~

guysss…i was change my blog to this address: http://babywynn.blogspot.com..free2 tu visit yer..thanks…

1 comment August 26, 2009 babywynn

sYair pEtaNg…

seandainya engkau ngerti apa yang tersirat dalam kata-kataku,

Pastikah engkau memohon maaf padaku?

Atau aku mungkin tak ngerti apa yang tersirat di dadamu dalam perkataanmu?

sehingga aku mencelamu?

Namun,

Engkau memang tidak dapat ngerti dalam pengetahuanmu akan perkataanku,

sehingga engkau pula mencelaku,

menyatakan kelemahanku berupa bencimu,

Dan aku mula sedar engkau tidak tahu,

kerna Engkau belum mencukup matang,

belum rasa bersuka-suka,

mahu bebas di awang-awang,

mungkin atas dasar umurmu yang masih muda,

Atau tak suka diperlihat mau pergi mana yang engkau suka,

Dan aku pun sedar…

sehingga aku memaafkanmu?

kerna pengertianku padamu kian memakan diri,

Ambillah segala perkara duniawimu,

kubiarkan hatimu bebas dan terasing dariku,

sebab diriku harus engkau lepaskan kerna aku kekayaan paling besar di antara engkau,

Sekalipun engkau biarkan aku sendirian……

3 comments August 11, 2009 babywynn

errr…ape tu Israk Mikraj…?

Apa itu Israk Mikraj?

Baiklah secara jujur adakah anda sebelum ini tahu peristiwa ini? Bilakah berlakunya? Dan apakah pengajaran yang harus diambil dari setiap peristiwanya? Dan apakah sebabnya terjadi peristiwa ini?Kita sebagai umat islam seharusnya tahu dan menghayati setiap peristiwa itu dengan hati yang terbuka. Yakni hati yang menjiwai dan mendalami serta mengambil pengajaran daripadanya. Bukan setakat di bibir, bukan setakat penghayatannya sahaja malah harus dijadikan pegangan dan pedoman hidup agar kita melakukan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Jika sebelum ini anda mengambil ringan ataupun sekilas pandang dalam mengetahui atau menghayati peristiwa dalam Islam ini, apa kata saya cuba membawa anda meredah dengan sedikit penghuraian dan mana tahu dapat merubah gaya hidup anda(saya jugak) ke arah yang lebih diredhai Allah s.w.t. Dan bukanlah hanya peristiwa ini sahaja malah banyak teladan dan kisah-kisah Nabi terdahulu yang tertulis di dalam Al-Quran untuk kita dijadikan iktibar .Moga-moga kita semua sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dan tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.

Apa erti Israk Mikraj?

Israk bermaksud perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Seperti di dalam Al-Quran:

Firman Allah Taala bermaksud:

Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Selain itu, Mikraj pula merujuk perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.

Kesimpulannya: Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Apakah sebab terjadinya peristiwa ini?

Apa yang terjadi semuanya bersebabkan? Dan tidak ada yang berlaku itu tanpa ada sebab dan disengajakan. Ibarat dalam kehidupan, jika sesuatu musibah berlaku ke atas kita atau rintangan yang terpaksa di lalui di dunia ini semuanya terkandung hikmah tersendiri. Ada pengajaran dan pelajaran yang di ajar terus daripada Allah s.w.t. Kita seharusnya yakin dengan Allah.s.w.t dan bersangka baik. Sesungguhnya bukankah Allah itu lebih mengetahui dan pemikiran kita sentiasa terbatas? Dan bersabarlah menghadapi setiap UjianNYA kerna kemanisan akan terpalit di hati di pengakhiran sesuatu itu dan memanglah kesabaran itu sangat susah dan perit namun percayalah Allah s.w.t itu adil dan saksama. Berpeganglah pada janji-janjinya.

Sambung sebab terjadinya Israk Mikraj terjadinya pada Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. dan diperkatakan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut.

1)kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda)

2)disusuli pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).

Musibah ini sangat mempengaruhi diri Nabi Muhammad S.A.W.. Baginda rasa pergerakan dakwah di Makkah makin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan ini membawa baginda berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu dalam perjuangannya. Namun, harapan itu hancur kerana penduduk Thaif bukan sahaja tidak mahu beri perlindungan kepada baginda bahkan dicaci , dihina dan banyak lagi.

Nabi Muhammad S.A.W. kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa dan dukacita. Lalu Allah Taala menganugerahkan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk menghibur dan memantapkan iman Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kepada Israk Mikraj ini adalah antara sebab musabab berlakunya peristiwa ini namun semuanya di atas kehendak dan ketetapan dari Allah S.w.T.

Dalam perjalanan Nabi Muhammad S.A.W, baginda menaiki seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.

Baiklah saya terangkan secara sedikit sahaja tentang perjalanan baginda. Dan apakah yang baginda terlihat sepanjang baginda dan ditemani malaikat Jibril A.S berangkat ke langit pertama hingga ke langit ketujuh?

Secara ringkasnya saya huraikan:

Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan daripada Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:

Baginda melihat orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.

Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah. Ceritanya: Sedang Masyitah menyikat rambut anak Firaun maka sikat yang digunakan itu terjatuh lalu Masyitah menyebut: Dengan nama Allah. Bertanyalah anak Firaun kepada Masitah tentang tuhan selain bapanya. Masyitah menjawab: Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah. Anak Firaun memberitahu bapanya akan hal ini lalu Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar. Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri. Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Inilah gambaran manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.

Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya sendiri. Inilah gambaran manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan kewajipan bersolat.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri secara berterusan. Inilah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila berkata-kata.

Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya.

Baginda melihat wanita berkepala seperti babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan. Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

Dan antaranya difardhukan solat lima waktu.

Sebagai kesimpulannya, apa yang saya telah rencanakan maka sudah tentulah kita harus di ambil pengajaran daripada peristiwa Israk Mikraj ini dan bukanlah sekadar cerita untuk didengar , dibaca semata-mata jauh dari dalam sudut hati dijadikan pedoman hidup kita kat dunia nih. Moga penulisan saya ini sedikit sebanyak kita semua mendapat manfaat. Insya Allah.

Add comment July 20, 2009 babywynn

6 sikap lelaki buat wanita bosan!!~

Kiranya lelaki bangga yg mreka seolah-olah punya byk pilihan, wanita jugak mampu punya cita rasa mereka sendiri. Cuba semak kot2 la anda(kaum lelaki) bukan dalam kategori lelaki yg diidamkan wanita.

1) LELAKI YANG PERASAN

Perasan! sinonim bg lelaki yang menganggap diri mereka kacak n bergaya. lebih2 lg kalau derang kaya n byk duit. Tapi ada ja wanita yg sanggup tahan sbb duit! TP dalam hati menjengkelkan.

2) LELAKI EGO

Ego dan keras kepala. Ramai la laki ada sikap mcm nih. Pantang skali  perempuan tegur kesalahan derang. Mungkin anda trdengar crita suami or teman lelaki yg bertindak tampar isteri sbb hanya menegur atau mencabar mereka. Di sinilah ego lelaki sbb depa anggap ada kuasa ke ats wanita. Jika anda slalu mcm nih mmg la kna tinggal. Tak ke dayus?

3) SERING BERBAHASA KASAR

Cket2 melenting. Ditegur je cket tapi melenting mcm psangan mntak gadaikan nyawa dia je. Mmg ada la laki yang guna bahsa kasaq tp bg perempuan derang nih sensitif cket. Tentun la wanita nih asyik mkn hati dgn sikap laki yang cenggini. JAdi sama2 lah kita bermuhasabah diri sbbnyer jgn menyakiti hati org lain.

4) MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Pernah x tgk laki n perempuan atau suami isteri yg bergaduh sbb hal remeh temeh? Contohnya  wanita merasaakan lelaki tidak mempedulikan dirinya lagi. MEmang benar ada laki yg pentingkan diri sendiri sbb drang rasa berhak dlm buat kptusan dlm sesebuah prhubungan. Wanita akn cpt tertekan dan akan menidakkan prhubungan korang. Fikirlah baik2 sbb bila ego menguasai diri kta xkkan cuba pecahkan belenggu yg brsarang di dada. Tapi klu belenggu tu sdah dibuang insya allah hbungan yg dijalinkan berjalan dgn suasana berkasih sayang.

5) TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab ini mencerminkan sesebuah peribadi seorang lelaki kerana tanggungjawab ini adalah diamanahkan oleh ALLAH swt. Tak kira la dalam keluarga, perhubungan, pekerjaan, rumah tangga, dan pelajaran bagi yang stadi lg lah.Pada lelaki jika belum pasti hubungan itu sampai ke arah mana jangan diminta apa-apa yang bernilai dr diri wanita tersebut. Hormatilah dirinya dan jagailah maruahnya. Jangan mengambil kesempatan ke atas dirinya. Di sini akan berlakunya kezaliman bagi kaum wanita atau kedua2nya sekali. DaN Jika dah tak da rasa tanggungjwb maksudnya kita tak tahu bagaimana utk menilai sbuah perhubungan itu. Adakah kita mencintainya kerna tubuh badan, paras rupa, kekayaan, keturunan??  Bagi wanita, jika dapat lelaki yg bertangunggjwb mereka akan rasa selamat bila hidup berumah tangga kelak. Bagi yang dah berkahwin sikap ini penting sangat sebab ianya akan dinilai oleh ALLAH s.w.t kelak. Tepuk dada tanyalah iman.

6)TIDAK BERAGAMA

Cinta ini sangat luas. Bukan sekadar cinta dengan umat sahaja tapi kecintaan yang sgt penting kepada ALLAH s.w.t. Sebab itulah, kalau anda rasa bertanggungjawab untuk menjaga pasangan, tingkatkanlah amalan dan jangan jadi org yg jahil pada agamanya, melanggar hukum yg dtetapkan dalam al-quran dan sunnah. Insya Allah jika kita punya agama yang kukuh pasangan akan rasa senang hati. Tidaklah nanti sama-sama hidup dlm kejahilan.

Akhir kata, lelkai adalah sebgai pemimpin. Oleh itu, jagalah amanah anda dengan sebaik-baiknya bukankah wanita itu dijadikan dari rusuk lelaki? Fikir-fikirkanlah…Sama2lah kita merenung diri. Jika kita mahu yang terbaik, kita sendiri yang harus dulu jadi terbaik. Jika kita mahu yang soleh bukan mencari yang solehah tapi jadi soleh atau solehah dahulu! Allahualam.

2 comments July 12, 2009 babywynn

Hikmah~

Ufuk timur terbit sinar,

cahayanya silau menyinar,

rindu di teratak hati,

pada PENCIPTA alam,

terdetik,

bagaimana rasa tika sinarnya beralih ke barat?

Lalu…

segera membentang sejadah,

membilang hari,

kesuntukan masa,

mendesak lirih-lirih peluh dan kudrat,

getaran tubuh,

selangi degupan jantung kian deras,

menanti untuk dijemput?

tak sabar untuk pergi?

dalam keadaan bagaimanakah?

Dunia makin jauh,

palitan dosa-dosa semalam,

kelam seribu bahasa,

sujud berbekas,

sesalan ini tak habis-habis menyinggah,

hikmah apa sebetulnya?

simpulan yang sudah dilerai,

segala pertanyaan misterinya tersebar di jiwa,

syukur,

tapi keruh-keruh di muara masih hitam,

datang kembali,

memujuk, merayu…

tatkala jernih sebelumnya,

dalam gantian itu,

apa masih punya waktu?

dalam hitungan hari…

Aku adalah pengkhianat,

gagal genggam bara janji,

minda berputar pada silam dan kini,

pada duka semalam,

pada gembira hari ini,

Ujian ini gagal ku lalui,

Hikmah?

hitam pekat di fikiran,

pada soalan ini,

aku bingung?

Ah!

5 comments April 30, 2009 babywynn

Previous Posts


Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

November 2009
M T W T F S S
« Aug    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Most Recent Posts